Hm, zaman sekarang ni ramai memasak lauk lemak, rendang, buat kuih guna santan kotak kan..? Santan segar ada tapi alang-alang ke supermarket, kaut jek la santan kotak ๐ . Tak perlu nak ke dua tigs kedai.
Kalau santan kotak ni, saya suka jenama KARA. Lama dah guna KARA, dari tahun 2009 lagi hingga kini.
Biasakan kalau kita beli santan kotak, kadang-kadang guna sikit jek, suku tak pun separuh kotak. Lebihnya simpan dalam peti. Nasib tak baik lepas dua tiga hari dah masam pulak..membazir pulak rasa.
Macam mana nak kasi santan kotak tahan lama selepas digunakan? Ha, ni saya belajar dari ibu mertuaku ๐. My MIL ni memang sangat kreatif dan berinovasi.
Kalau beli santan kotak, perasankan bucu kotak tu. Kat situ selalunya dicadangkan untuk dipotong bagi membuka kotak santan.
Tapi kalau nak guna santan sikit saja, potong hujung bucu tu sikit saja, supaya santan boleh keluar, dan dalam masa yang sama bucu tu kita boleh lipat semula.
Lepas dah tuang santan, bersihkan hujung permukaan yang dikerat tu dari lebihan santan dan lipat semula. Kemudian simpan dalam peti sejuk atau tempat sejuk beku.
Saya dah cuba, alhamdulillah, santan yang dah dibuka dan disimpan dalam peti ais masih baik walaupun dah cecah dua minggu. Kalau dibuka luas dan terdedah, dua tiga hari dah mula nak bau masam. Kalau di sejukbeku mungkin lagi lama.
Selamat mencuba๐
Love,
๐บ



Tq tips!!! :)
ReplyDelete