My Blog List

Terjebak dengan Balm Tasneem Naturel

Bismillahirrahmanirrahim

Macam mana saya boleh terjebak dengan Tasneem Naturel?

Saya selalu nampak post tentang Tasneem Balm ni lalu-lalang di wall FB tapi ambil masa untuk mencuba.

One fine day, tergerak nak cuba, saya pun contact kawan saya, agen tasneem di Manjung, Perak, pemilik blog Rahsiasihat. Borak punya borak, tanya punya tanya, terus sign nak jadi agen..hahah.

Hari ni masuk 5 bulan saya join Tasneem. Tasneem ni part time je tapi saya seronok jual balm ni. Kalau tanya ok ke produk tasneem ni, bagi saya sangat ok, sangat bagus.

Sebab tu saya masih menggunakannya. Bawak dalam bag ke mana2 😄. Sebab tu jugak saya jadi agen, boleh kongsi kebaikan balm Tasneem ni dengan orang di sekeliling saya.

Nanti saya citer pengalaman saya guna balm Tasneem ni di entry lain ya..

Kalau sapa-sapa dok area Batu Rakit, Terengganu.... kalau nak bertanya apa-apa atau nak mencuba  produk Tasneem Naturel, boleh lah contact saya, HusniRafdi.


Kat bawah ni senarai balm Tasneem dan fungsi setiap satu balm.


Love,
🌺

Petua Gigi Kekal Lama, Lupakan Polident


Bismillahirrahmanirrahim

Ha..petua ni diturunkan kepada ayah saya dan diturunkan kepada kami anak2nya..

Tapi petua ni ada satu syarat penting perlu dipatuhi..

Syaratnya mudah.. petua ini untuk mereka yang giginya masih ada, elok, tomei dan rajin jaga gigi.. kalau malas gosok gigi..amal petua apa pong dok jadi 😂..

Ok, petuanya gini:
1. Basuh muka
2. Baca bismillah dan selawat
3. Baca mentera ni 😘: Gigi besi pagar besi, tua lidah dari gigi, sama2 engkau pergi.
4. Baru gosok gigi.

Amalkan setiap kali nak gosok gigi..insyaAllah tak perlu pakai gigi pelesu..apatah lagi poliden. Amin ya rab.

Apapun semua ni asbab ye... kita usaha.. yang menentukannya Allah.

Macam ayah saya alhamdulillah, setakat ini dah umur 68 giginya semua masih kekal.

Ok lah, cukuplah hari ni cerita pasal gigi.

Selamat beramal.

Love,
🌺