My Blog List

Santan Kotak Tahan Lama

Bismillahirrahmanirrahim..

Hm, zaman sekarang ni ramai memasak lauk lemak, rendang, buat kuih guna santan kotak kan..? Santan segar ada tapi alang-alang ke supermarket, kaut jek la santan kotak πŸ˜…. Tak perlu nak ke dua tigs kedai.

Kalau santan kotak ni, saya suka jenama KARA. Lama dah guna KARA, dari tahun 2009 lagi hingga kini.

Biasakan kalau kita beli santan kotak, kadang-kadang guna sikit jek, suku tak pun separuh kotak. Lebihnya simpan dalam peti. Nasib tak baik lepas dua tiga hari dah masam pulak..membazir pulak rasa.

Macam mana nak kasi santan kotak tahan lama selepas digunakan? Ha, ni saya belajar dari ibu mertuaku πŸ˜„. My MIL ni memang sangat kreatif dan berinovasi.

Kalau beli santan kotak, perasankan bucu kotak tu. Kat situ selalunya dicadangkan untuk dipotong bagi membuka kotak santan. 

Tapi kalau nak guna santan sikit saja, potong hujung bucu tu sikit saja, supaya santan boleh keluar, dan dalam masa yang sama bucu tu kita boleh lipat semula.

Lepas dah tuang santan, bersihkan hujung permukaan yang dikerat tu dari lebihan santan dan lipat semula. Kemudian simpan dalam peti sejuk atau tempat sejuk beku.

Saya dah cuba, alhamdulillah, santan yang dah dibuka dan disimpan dalam peti ais masih baik walaupun dah cecah dua minggu. Kalau dibuka luas dan terdedah, dua tiga hari dah mula nak bau masam. Kalau di sejukbeku mungkin lagi lama.

Selamat mencubaπŸ˜†

Love,
🌺


Sotong oh sotong...

Semalam cek dalam peti ais, masyaAllah banyaknya sotong. Ini bukan sotong yang halus tau, ini sotong besar yang orang buat celup tepung tu. Yang besar dan liat tu.

Saya tak suka sangat sotong tu walaupun celup tepung atau apa jua sebab liat..hihi

So semalam dapat idea..jeng jeng jeng.. meh le kita buat squid fritters πŸ˜‰. Saya tak lah pandai masak, tapi suka je nak buat eksperimen kat dapur tu. Niat yang baik pun dah dapat pahalakan...hihihi..

Tapikan, ni namanya masak campak-campak. Jadi saya tak ada resepi khusus. Nama pun orang tak pandai masak kan..huhuhu..

Mula-mula saya bersihkan sotong, pisahkan kepala dia. Kepala saya simpan balik dalam fridge untuk digunakan kemudian hari πŸ˜†. Overall saya guna dalam tujuh ekor sotong.

Lepas tu saya kerat tiga setiap sotong tu. Kemudian saya amik blender kering, dan blender sotong-sotong tersebut. Jangan guna blender basah, sebab sotong dah banyak air. Pakai blender basah, kena tambah air,  nanti fritters payah nak jadi sebab terlalu berair. Dan jangan blend hancur/lumat sangat, takut nanti hilang terus rasa sotong tu. Takde rasa liat-liat..tak feel sotong la pulak..πŸ˜†


Untuk menambah khasiat fritters saya ni, saya sagat lobak merah sikit dan campurkan ke dalam bekas yang berisi sotong kisar tadi.


Lepas tu saya tambah bawang merah, lada sulah, dan garam secukup rasa. Tambah jugak daun bawang dan daun sup yang dihiris halus..yumm...tak siap pun dah rasa lazat ni..eh.. hihii..

Pastu saya gaul semuanya. Dah gaul, saya tambah tepung gandum dan tepung beras sikit demi sikit. Agak-agak nampak boleh bentuk sikit-sikit saya berhenti tambah tepung.



Ok, untuk menggoreng ni, saya rasa kena dua orang baru senang kerja. Sebab dia ala-ala nak goreng bergedil gitu. Yang mencabarnya saya tak tambah tepung banyak sangat, jadi teksturnya lembik..πŸ˜„Sebelum goreng kena celup dengan telur, pastu celup plak dalam tepung gandum, pastu baru boleh goreng. So renyah sikitkan..jadi kalau ada yang membantu lagi best.


Ok, siap da..tadaa...


Alhamdulillah, family suka, habis licin sepinggan.


Terjebak dengan Balm Tasneem Naturel

Bismillahirrahmanirrahim

Macam mana saya boleh terjebak dengan Tasneem Naturel?

Saya selalu nampak post tentang Tasneem Balm ni lalu-lalang di wall FB tapi ambil masa untuk mencuba.

One fine day, tergerak nak cuba, saya pun contact kawan saya, agen tasneem di Manjung, Perak, pemilik blog Rahsiasihat. Borak punya borak, tanya punya tanya, terus sign nak jadi agen..hahah.

Hari ni masuk 5 bulan saya join Tasneem. Tasneem ni part time je tapi saya seronok jual balm ni. Kalau tanya ok ke produk tasneem ni, bagi saya sangat ok, sangat bagus.

Sebab tu saya masih menggunakannya. Bawak dalam bag ke mana2 πŸ˜„. Sebab tu jugak saya jadi agen, boleh kongsi kebaikan balm Tasneem ni dengan orang di sekeliling saya.

Nanti saya citer pengalaman saya guna balm Tasneem ni di entry lain ya..

Kalau sapa-sapa dok area Batu Rakit, Terengganu.... kalau nak bertanya apa-apa atau nak mencuba  produk Tasneem Naturel, boleh lah contact saya, HusniRafdi.


Kat bawah ni senarai balm Tasneem dan fungsi setiap satu balm.


Love,
🌺

Petua Gigi Kekal Lama, Lupakan Polident


Bismillahirrahmanirrahim

Ha..petua ni diturunkan kepada ayah saya dan diturunkan kepada kami anak2nya..

Tapi petua ni ada satu syarat penting perlu dipatuhi..

Syaratnya mudah.. petua ini untuk mereka yang giginya masih ada, elok, tomei dan rajin jaga gigi.. kalau malas gosok gigi..amal petua apa pong dok jadi πŸ˜‚..

Ok, petuanya gini:
1. Basuh muka
2. Baca bismillah dan selawat
3. Baca mentera ni 😘: Gigi besi pagar besi, tua lidah dari gigi, sama2 engkau pergi.
4. Baru gosok gigi.

Amalkan setiap kali nak gosok gigi..insyaAllah tak perlu pakai gigi pelesu..apatah lagi poliden. Amin ya rab.

Apapun semua ni asbab ye... kita usaha.. yang menentukannya Allah.

Macam ayah saya alhamdulillah, setakat ini dah umur 68 giginya semua masih kekal.

Ok lah, cukuplah hari ni cerita pasal gigi.

Selamat beramal.

Love,
🌺